14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 : Zaid biadab dan kurang ajar terhadap Tuanku - Noh Omar

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bukan sahaja bodoh, malah  bangang, kurang ajar dan derhaka terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Demikian respon Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar terhadap kenyataan biadap Zahid kepada Sultan Sharafuddin.

“Kami (UMNO Selangor) melahirkan rasa terguris dan tercabar dengan kenyataan yang dibuat oleh Zaid Ibrahim. Ini kenyataan yang cukup biadap dan kurang ajar kepada Sultan Selangor, Sultan kami yang berdaulat, Sultan yang adil dan bijaksana.

“Zaid Ibrahim ini saya tengok kenyataan-kenyataannya sudah tidak ada harga.Dulu waktu sekolah tahfiz terbakar, saya ada buat satu kenyataan. Kemudian beliau membuat kenyataan balas mengatakan kenyataan saya itu bodoh.

“Hari ini terbukti kenyataan Zaid ini bukan sahaja bodoh, (bahkan juga) bangang, kurang ajar dan derhaka kepada sultan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama pemimpin UMNO Selangor di PWTC, hari ini.

Menurutnya lagi, UMNO selangor akan terus berdiri teguh menjunjung daulat kepada Sultan Selangor.

Justeru itu ujar beliau, satu himpunan rakyat bakal diadakan bagi menandakan rakyat Selangor berdiri teguh di belakang Sultan.