14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 Penentu Destini Masa Depan Negara - Najib

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) bukan sekadar pilihanraya semata-mata ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Sebaliknya apa yang lebih penting ujar beliau adalah siapa yang perlu dipertanggungjawabkan sekiranya negara ini jatuh ke pihak yang salah dan tidak bertanggungjawab.

“Saya ingin mengajak saudara-saudari berfikir masak-masak tentang,... pilihanraya umum kali ini,... is not just another general election,...kerana,... lebih termustahak daripada itu,... jika kali ini,... negara tergadai dan terlepas jatuh kepada pihak yang salah dan tidak bertanggungjawab,... apa yang bapa-bapa terdahulu dan kita semua bina dengan segala susah payah selama ini,... akan ranap dan musnah,...hancur berkecai di depan mata.

“Oleh itu, ketahuilah, pilihanraya kali ini, meletakkan kita di satu persimpangan pemutus lagi monumental, sebabnya di tangan kita adalah pilihan, yang akan menjadi penentu kepada the fate of this nation,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di PWTC, hari ini.

Katanya, PRU14 bukan soal main-mainan kerana percaturan perjuangan kali ini, cukup serius dan tidak ada tawar-menawarnya lagi.

“Sesungguhnya, tidak terbayang oleh kita, mimpi ngeri dan nasib buruk yang bakal menimpa. Pertamanya, sanggupkah kita membiarkan agama islam dan syiarnya, diperlekeh dan diperhinakan di tanah ini,...?

“Keduanya, tergamakkah kita, melihat kedudukan institusi raja-raja Melayu tidak lagi dimulia, bahkan akan didurhakai,... manakala, institusi-institusi kebanggaan orang Melayu bumiputera seperti Mara, Felda, serta Tabung Haji serta-merta pula nanti akan disisihkan,...

“Begitulah juga dengan nasib UiTM, institusi kebanggaan UMNO bumiputera, yang pastinya akan digagalkan objektifnya begitu saja, sekiranya pihak lawan memerintah,” katanya.

Selain itu katanya, seandainya pembangkang mengambil alih kerajaan, para penjawat awam yang menjadi tulang belakang kerajaan selama ini akan dikecilkan jumlahnya.

Keistimewaan orang-orang Melayu dan bumiputera juga tegas Najib akan dipijak-pijak maruah dan tergadai keindukkannya.

“Bahkan, lebih buruk dari itu, akan merempat, dicelakakan sehina-hinanya, sehingga terbangsat di tanahair sendiri.

 

“Maka itu, kita mesti lekas-lekas sedar bahawa, Perhimpunan Agung dan pilihanraya kali ini, bukan hanya demi UMNO, tidak juga untuk Barisan Nasional,... namun,... terpikul atas kita semua,... misi yang amat besar,... bagi menentukan survival yang sangat-sangat penting,...yakni destini masa depan umat serta negara keseluruhannya,” katanya.