14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 Jadi Medan Penting Serap Konsep Wala’ - GAUM

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Konsep 'Wala' yang merujuk kepada kesetiaan kepada pemimpin dan parti masih lagi menjadi ramuan penting untuk memastikan kemenangan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang ini.

Justeru itu, Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, perhimpunan Agung UMNO 2017 pada kali ini dilihat sebagai medan penting bagi menyerap semangat 'Wala' ke dalam diri setiap pemimpin UMNO dan kemudian membawa pula semangat  ini kepada bahagian dan cawangan masing-masing untuk diterjemahkan apabila PRU Ke-14 menjelang tiba.

“Sebahagian masalah yang dihadapi oleh UMNO pada PRU 13 yang lalu ialah wujud sabotaj undi dikalangan sesetengah pemimpin dan ahli UMNO itu sendiri. Sebagai manusia biasa perkara ini berlaku disebabkan kemungkinan mereka tidak dicalonkan pada Pilihanraya sehingga menyebabkan penyokong mereka dikalangan ahli-ahli UMNO itu sendiri telah mengundi pihak lawan.

“Sekiranya konsep 'wala' ini dihayati dengan mengutamakan prinsip perjuangan untuk survival Agama, Bangsa dan Negara, sudah tentu siapa sahaja calon yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti mewakili UMNO pada PRU ke-14 nanti akan mendapat sokongan padu mereka,” uajrnya.

Zulkarnain dalam satu kenyataan berkata, pemimpin UMNO di semua peringkat harus sentiasa berwaspada mengenai ancaman UMNO akan kehilangan kuasa pada PRU Ke-14 nanti.

Malah, jelas beliau, golongan ini harus peka bahawa benteng terakhir bagi masyarakat Melayu Islam dan Bumiputera terletak pada UMNO yang mempunyai bilangan Kerusi Parlimen terbanyak ketika ini.

“Situasi berada dalam zon selesa harus dikikis oleh setiap kepimpinan dan ahli parti bagi memastikan UMNO akan terus dapat mengekalkan kemenangan pada PRU ke-14 kelak,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa agenda pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dipelopori oleh UMNO tanpa membelakangkan pula warganegara bukan Bumiputera di Malaysia sebenarnya hanya berlaku di Malaysia sahaja.

“Harus diingat tidak wujud sama sekali agenda pemerkasaan Bumiputera yang seumpama ini untuk mana-mana bangsa lain di dunia melainkan di Malaysia merujuk kepada Bumiputera.

 

“Atas sebab inilah keseluruhan pimpinan UMNO harus mengutamakan kemenangan parti walaupun ada diantara mereka yang tidak terpilih menjadi calon demi masa depan Melayu keseluruhannya, Islam dan survival Bumiputera di Malaysia,” ujarnya.