14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 : PPBM Tiada ‘Nilai’ - Najib

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Tiada ‘nilai’ yang dibawa dalam perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Najib, PPBM kononnya mahu berjuang untuk Melayu dan Islam, tapi dalam masa yang sama sanggup pula bersekongkol dan diperalatkan oleh DAP yang teran-terang anti kepada Melayu dan Islam.

“Parti ‘Bunga Raya’ (PPBM) ini, bukan nak mengata, maaf cakaplah,... kita tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya,...

“Katanya ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam, tetapi berpakat dan sedang dijadikan ‘perkakas’ oleh DAP yang mereka sendiri dulu kata terang-terang AntiMelayu dan Islam, sebagai tercatat dalam perlembagaan DAP, langsung tidak menyebut, Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapan dasar Presidennya pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di PWTC, hari ini.

Tambah beliau, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir ternyata sudah melampaui batas apabila sanggup bersubahat dengan ‘musuh politik’ semata-mata demi mencapai agenda peribadi dan keluarganya semata-mata.

“Bercakap tentang Mahathir pula, dulu, di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa,... melayu mudah lupa, namun pada kita, this man has crossed the line,...

“Apabila tergamak bersubahat dan bersekutu, dengan ‘musuh politik’ dan ‘musuh prinsip’ beliau selama puluhan tahun yang lalu. Hanya-sanya untuk memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.

“Jelasnya, melayu mudah lupa itu merujuk kepada dirinya sendiri, kerana, orang-orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti seperti kita semua, InsyaAllah tidak sesekali menjadi melayu yang mudah lupa seperti mereka!” tegas Najib.