14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 : UMNO Tolak Sekeras-Kerasnya Cadangan Baitul Maqdis Ibu Negara Israel - Najib

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – UMNO menolak sekeras-keranya cadangan menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila, tegas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, 

“Sesungguhnya,... UMNO tidak pernah dan tidak akan sesekali berkompromi dengan apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya Agama Islam serta Syiarnya, bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia. 

“Jadinya, minggu ini pabila kita dikejutkan dengan cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci Umat Islam, yakni Baitul Maqdis sebagai Ibu Negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai Umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila.

“Makanya, saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di dalam dan di luar sana, serta semua di mana sahaja anda berada, untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang-lantangnya,...agar dunia mendengar gema suara Umat Islam Malaysia, bahawa,...

“Kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan baitul maqdis sebagai ibu negara israel sampai bila-bila,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di PWTC, hari ini.