14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 : Jangan Boikot, Sabotaj Calon PRU14 - Najib

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Jangan boikot dan sabotaj calon yang bakal mewakili parti pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), gesa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya beliau menyeru setiap ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya taat setia dan patuh kepada segala arahan pucuk pimpinan.

“Kepada semua ahli UMNO dan BN, dengan idealisme dan semangat setiakawan serta kekeluargaan yang tidak boleh terpisahkan lagi, bagai rambut tersimpul mati.

“Atas semangat itu,... pahatkan wala’ yang sepenuhnya, ukirkan taat setia dan patuh kepada segala arahan pucuk pimpinan. Pabila sudah ada calon yang dikenal pasti, janganlah diboikot dan disabotaj, tapi tumpahkanlah taat setia serta sokongan yang tidak berbelah bagi.

“Bergeraklah, dengan winning mentality,... tanpa rasa takut dan gentar,...jangan ragu-ragu lagi,... bagi memenangi pilihanraya ini. Dengan penuh rasa tawadhuk, yakinlah,... kita di atas jalan perjuangan yang dirahmat lagi diredhai,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di PWTC, hari ini.