17
Rab, Okt
62 ARTIKEL BARU

#PAU2017 : Musibah Menanti Rakyat Jika PH Menang PRU – Salleh Keruak

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Amaran yang diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung bahaya atau musibah yang menanti sekiranya Pakatan Harapan (PH) memerintah bukan hanya perlu diambil perhatian oleh para perwakilan, malah ianya merangkumi seluruh masyarakat.

Menurut Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Najib memberikan bayangan kepada kesemua 2, 718 perwakilan mengenai bahaya apabila gabungan pembangkang diberikan kuasa kelak.

“Ucapan presiden juga jelas menerangkan tentang berapa teruknya Malaysia jika parti lawan diberikan peluang yang sekadar berpolitik semata-mata, membuat pembohongan dan penipuan terhadap rakyat.

“Mereka tidak punyai arah tuju yang jelas dan Itulah sebabnya ucapan Presiden harus dihayati sepenuhnya dan apabila kita membuat penilaian kelak pada PRU-14 akan datang, hanya BN yang akan dipilih,” katanya selepas selesai mendengar Ucapan Dasar Presiden, dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra  hari ini.

Jelas Salleh, UMNO adalah parti yang boleh diharapkan oleh rakyat khususnya kaum Melayu di negara ini yang telah banyak merencanakan pelbagai pembangunan dalam memastikan ekonomi negara masih berkembang.

Walaubagaimanapun, segala perancangan itu juga tidak mengenepikan kaum-kaum lain di negara ini.

“Ucapan presiden bukan hanya ditujukan kepada perwakilan sahaja, tetapi juga untuk rakyat Malaysia.

 

“Presiden telah menerangkan dengan jelas bahawa penting bagi kita untuk melihat masa hadapan dan rekod baik yang telah UMNO lakukan, sudah tentu masa depan akan terjamin sekiranya kita terus memimpin negara ini,” katanya lagi.