14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 : DAP Adalah Parti Persepsi Timbul Kekeliruan Rakyat

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Kerajaan DAP yang menerajui Pulau Pinang adalah sebuah  kerajaan yang sentiasa menimbul persepsi bagi mengambarkan parti mereka membela masyarakat Cina di negara ini.

Pembahas usul ucapan Dasar Presiden dari Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said berkata, hakikatnya gerak kerja membela nasib masyarakat Cina ini telah dilaksanakan oleh parti MCA dan Gerakan sejak lepas merdeka lagi.

Katanya, ketika banjir melanda negeri itu baru-baru ini, mereka gagal untuk membantu rakyat tetapi enggan mengakui hakikat tersebut.

“Sebaliknya Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun dan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa banjir.

“UMNO akan membantu MCA dan Gerakan dalam usaha untuk memberikan penerangan kepada masyarakat Cina bahawa kedua-dua parti itu yang berjasa dengan mereka,” katanya yang Ketua Bahagian Permatang Pauh.

Mohd Zaidi berkata, gabungan ini akan memberikan lebih kepercayaan kepada kaum tersebut dalam menilai tanggungjawab dan pembangunan termasuk membela pelbagai bangsa yang dilaksanakan oleh kerajaan.