14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 : Azmin Ali Tak Boleh Dipercayai - Ismail Kijo

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukanlah seorang yang boleh dipercayai.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, buktinya adalah apabila kini adik Azmin sendiri iaitu Azwan Ali telah tampil menyatakan akan mendedahkan sifat sebenar Timbalan Presiden PKR itu.

“Maknanya Azmin ini bukan manusia yang boleh dipercayai. Adik dia sendiri pun tidak percaya.

“Bagi saya, segala yang diluahkan oleh adik-beradiknya itu adalah sebahagian daripada suara rakyat. Maknanya Azmin Ali ni bukannya betul pun.

“Maknanya dia berlakon sini-sana. Jadi rakyat perlu melihat dan menilai keadaan ini,” katanya kepada KLXpress.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Azwan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menjatuhkan Azmin.

Azwan baru-baru ini telah berjanji membantu UMNO pada pilihanraya umum akan datang untuk menjatuhkan abangnya.

Menurutnya, beliau menyimpan dendam hampir 5 tahun terhadap Azmin kerana mendakwa tidak menghargai jasa adik-beradik.

Azwan berkata akan mendedahkan “rahsia Azmin” satu persatu dalam siri ceramah bersama-sama pemimpin UMNO Selangor.

Selain itu Azwan turut menyokong penuh hasrat Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos untuk bertanding menentang Azmin di DUN Bukit Antarabangsa pada PRU akan datang.