14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 : Najib Makan Malam Bersama Perwakilan

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi meluangkan masa menghadiri jamuan makan malam di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur bersama lebih 3,000 perwakilan parti bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017).

Beliau tiba sekitar jam 8.35 malam bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut Naib Presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir  Bendahari parti yang juga Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Ketika menjamu selera Najib yang juga perdana menteri  disajikan dengan tarian Gitar Gangsa oleh Kumpulan penari Istana Budaya dan disusuli dendangan lagu oleh bintang radio terkenal era 60-an, R Ismail.

PAU 2017 berlangsung selama lima hari bermula Isnin lalu dan akan berakhir Sabtu ini.