14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 Sambung Bahas Ucapan Dasar Presiden

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) diteruskan hari ini dengan menyambung semula sesi perbahasan usul ucapan dasar presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Perbahasan dimulakan oleh wakil Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar diikuti seramai 10 lagi jurucakap yang akan membahaskan usul sama.

Semalam, lima jurucakap mewakili negeri dan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri telah membahaskan usul itu.

Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak semalam antara lain menyentuh rekod kejayaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan UMNO dalam mentadbir negara serta mampu menjamin masa depan Malaysia yang lebih cemerlang jika rakyat memilihnya pada pilihan raya umum akan datang.

Selepas berakhirnya sesi perbahasan usul ucapan dasar presiden, perhimpunan itu akan membahaskan pula usul ekonomi, usul agama dan usul pendidikan.

Seramai 2,718 anggota perwakilan dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara dikumpulkan pada PAU kali ini.