19
Jum, Jan
674 ARTIKEL BARU

Pembangkang Berebut Jadi PM Rakyat Terus Ditipu

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri sementara yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan (PH)  membuktikan pembangkang gagal mencari kesepakatan siapa yang layak untuk melaksanakan perubahan dan memacu Malaysia ke arah kemajuan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, walaupun pembangkang mempuyai persefahaman dalam perlantikan  ‘sementara’ itu namum ia akan berlaku perbalahan antara mereka.

“Ini bermaksud sementara menunggu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), pembangkang boleh mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas menang pasti ada perubahan.

“Pembangkang juga gagal menawarkan kepada rakyat Perdana Menteri terbaik sehingga terpaksa kitar semula bekas Perdana Menteri 22 tahun untuk menjadi Perdana Menteri sementara,” katanya.

Mohd Puad berkata, ini membuktikan bahawa masing-masing ada calon menunggu untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, calon menunggu itu bermasalah dan mempunyai  pekung di dada setiap parti dalam pakatan pembangkang.

Tambahnya, Perdana Menteri sementara dipersetujui kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri bila bebas nanti.

“DAP juga bersetuju kerana mereka mahu Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri, manakala Dr Mahathir bersetuju kerana dia mahu anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir jadi Perdana Menteri.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bersetuju kerana seperti biasa dia akan memainkan muslihatnya di saat akhir untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Puad berkata, dengan kata lain Perdana Menteri sementara itu membawa makna akan berlaku konflik tikam menikam sesama mereka selepas mendapat kuasa nanti akhirnya rakyat juga yang tertipu.