19
Jum, Jan
674 ARTIKEL BARU

Agihan Kerusi PH, Nik Abduh Sindir PAN

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyindir Parti Amanah Negara (PAN) kerana mendapat agihan kerusi paling sedikit dalam Pakatan Harapan (PH).

"Mereka marah, sedih dan bungkam kerana diisytiharkan dengan jumlah kerusi yang sedikit sesudah mereka ketawa memperlekeh PAS mengisytiharkan diri bertanding di mana saja kerusi yang dimahunya.

"Sedih sang malang. Ketawa sang maling," katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook beliau.

'Maling' adalah perkataan dalam bahasa Indonesia yang bermaksud pencuri dan tidak pasti kepada siapa ia ditujukan.

PH pada konvensyennya hujung minggu lalu mengumumkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen, diikuti 51 oleh PKR, DAP (35) dan Amanah (27).

PAS pula sebelum ini, berhasrat meletakkan calonnya bertanding di lebih 130 kerusi parlimen seluruh negara pada PRU14 pada kali ini.