20
Rab, Jun
83 ARTIKEL BARU

Dr Mahathir Akan Pastikan Anwar Tidak Berkuasa

Politik
Typography

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad pasti tidak akan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada musuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan legasinya terus berkuasa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, walapun dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) menyatakan bekas Perdana Menteri itu hanya akan menjawat jawatan itu sementara apa yang pasti ia tidak akan berlaku.

“Jika lihat Dr Mahathir berfikir adakah berjaya Anwar menjadi Perdana Menteri ke lapan jawabnya “tidak boleh”. Kalau berfikir cara Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi Perdana Menteri.

“Mahathir pernah berkata, dia tidak akan menjadi Perdana Menteri sehingga berusia 100 tahun. Dia  akan berusia 100 tahun pada tahun 2025. Ini bermakna dia akan berhenti sebagai Perdana Menteri hanya setelah Mukhriz berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh 7 tahun mulai hari ini. Ini juga bermakna dia akan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Puad berkata, Dr Mahathir akan menasihatkan Yang DiPertuan Agung bahawa Anwar tidak boleh diampunkan kerana jenayah liwat adalah adalah jenayah berat.

Tambahnya lagi, dia akan pastikan lebih separuh daripada Ahli Parlimen akan menyokongnya kekal sebagai Perdana Menteri jika ada usaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen.

Selain itu katanya, Dr Mahathir boleh menyalahgunakan National Security Council Act 2016 untuk mengumumkan “State of Emergency” jika dia merasakan kedudukannya terancam. Beliau ada pengalaman dalam hal ini, malah pernah menyalah gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang 1987 apabila kedudukannya terancam.

“Pasti Dr Mahathir guna semula  apa yang dia pernah lakukan dulu kerana bekas musuh tegarnya sendiri yang recycle dia untuk menjadi Perdana Menteri sementara.

“Sebenarnya mengikut gaya berfikir Dr Mahathir PM sementara adalah bermaksud, satu tempoh sehingga Mukhriz dapat dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Inilah risiko melantik Perdana Menteri recycle. Masuk lubang biawak kali kedua,” katanya.

Mohd Puad berkata difahamkan dalam mesyuarat PH untuk membincangkan calon Perdana Menteri berlaku ketegangan antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan Mahathir.

“Ini kerana Wan Azizah berkeras mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. Akhirnya dia terpaksa  mengalah dan bersetuju yang Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke lapan sementara menunggu pengampunan dari Yang DiPertuan Agung,” katanya.

Mohd Puad berkata, Dr Mahathir juga berjaya  menjinakkan musuh ketatnya iaitu Lim Kit Siang, Mohammad Sabu termasuk Wan Azizah, tambahan suaminya dipecat dan dipenjarakan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Tambahnya, Anwar turut mendakwa dia ditelanjang, diaibkan bahkan dikasari sampai lebam mata kerana kezaliman Dr Mahathir.

“Namun perkara sebaliknya berlaku apabila Dr Mahathir berjaya menangkis dan diangkat sebagai Perdana Menteri oleh bekas musuhnya,” katanya.