26
Rab, Sep
101 ARTIKEL BARU

Tun M Jumpa Anwar Petang Ini

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan bertemu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 4 petang hari ini.

Difahamkan, rancangan pertemuan dua pemimpin yang suatu ketika dahulu pernah bermusuhan diumumkan melalui jemputan media oleh PKR petang semalam.

Pertemuan dua pemimpin pembangkang itu akan diadakan di Hospital Rehabilitasi Cheras iaitu tempat Anwar menjalani pemulihan selepas pembedahan bahu pada November tahun lalu.

Untuk rekod, susulan tindakan Pakatan Harapan itu, Dr Mahathir berdepan rungutan terutama daripada beberapa kumpulan dalam PKR serta Parti Amanah Negara.

Penolakan itu dibuat walaupun selepas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membacakan kenyataan Anwar yang menyatakan beliau menerima keputusan pakatan itu.

 

Bagaimanapun, Anwar tidak menyebut secara khusus nama Dr Mahathir dalam kenyataan itu.