19
Rab, Dis
7 ARTIKEL BARU

Skandal Terowong Dasar Laut : ‘Datuk’ Direman Pagi Ini

Politik
Typography

PUTRAJAYA - [KEMASKINI] Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Perintah tahanan reman sehingga 15 Januari depan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Muhammad Azam Md. Eusoff  di sini pagi ini.

 

Eksekutif kanan syarikat pemaju berkenaan dibawa ke mahkamah berkenaan kira-kira pukul 11.40 pagi tadi dengan tangan bergari serta memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga.

Penahanan pengarah terbabit susulan daripada serbuan SPRM ke beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdu Razak (KOMTAR), semalam, berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi sekitar jam 9 pagi semalam adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi membantu siasatan kes berkaitan projek mega, yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.