25
Sel, Sep
110 ARTIKEL BARU

PAN Wilayah Sedih Diabaikan Pemimpin PH

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Pertemuan pemimpin tertinggi Parti Amanah Nasional (PAN) bersama ahli parti Bahagian Wilayah Persekutuan diselubungi suasana sedih hingga ada diantara mereka yang mengalirkan air mata.

Ini kerana  perjuangan mereka tidak diiktiraf oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan tidak diperuntukkan walaupun satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pemimpin yang hadir Presiden PAN, Mohamad Sabu; Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli; Pengarah Strategik Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan dan Ketua Wanita Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurut sumber, pada mulanya pertemuan itu berjalan dengan lancar namum bertukar menjadi hiba apabila ahli parti menyuarakan rasa terkilan kerana keputusan yang dibuat oleh pemimpin PH dalam suasana sedih hingga mengalir air.

Tambahnya, mereka ini telah berkerja siang dan malam di kawasan masing-masing tetapi mereka ini tidak dipandang dalam pembahagian kerusi.

“Mereka menangis bukan sebab marah tetapi telah banyak berkorban ini yang membuatkan mereka sedih.

“Tangisan itu membabitkan hampir semua ahli yang hadir dalam pertemuan itu tanpa mengira lelaki mahupun wanita dan saya percaya pemimpin yang hadir akan membawa perkara ini untuk dibincangkan diperingkat tertinggi PH,” katanya.

Terdahulu, PAN Wilayah Persekutuan menggesa sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Kuala Lumpur diberikan kepada parti itu.

Selain PAN Wilayah Persekutuan, turut tidak berpuas hati adalah PAN Perak yang diperuntukkan empat kerusi Parlimen dan PAN Johor dengan dua kerusi Parlimen.