27
Jum, Apr
960 ARTIKEL BARU

Pas Tolak Azmin Sebagai MB 

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Nasib Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ibarat ‘telur dihujung tanduk’ apabila Pas tidak menyokong beliau menerajui negeri itu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar antara yang dibincangkan oleh kepemimpinan Pas negeri berdasarkan politik semasa.

Tambahan Mohamed Azmin turut ditolak oleh rakan sekutunya Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Dr Ahmad Yunus berkata, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini Pas akan bertanding di 20 kerusi Parlimen dan di 42 kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Selangor.

Menurutnya, Pas  tidak mempunyai apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan mana-mana parti baik dari PH mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Pas Selangor yakin bahawa dalam PRU kali ini, malah telah mempunyai calon untuk jawatan Menteri Besar, apa yang pasti tentu ia dari parti ini.

Mohamed Azmin menduduki kerusi Menteri Besar dengan sokongan Pas selepas Langkah Kajang pada 2014, apabila parti itu menolak jawatan berkenaan selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan walaupun dikatakan sudah mendapat restu istana.