23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Guan Eng Tipu Rakyat Pemimpin PH Diam Diri

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) terus membisu walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berterusan membuat penipuan berhubung pembinaan terowong bawah laut di negeri berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, pada mulanya syarikat Special Purpose Vehicle (SPV) dipilih melaksanakan projek terowong bawah laut  dengan kos RM6.3 bilion.

Menurutnya, apabila pendedahkan dilakukan mendapati syarikat terbabit kurang pengalaman dan modal berbayarnya rendah.

“Guan Eng umum dua syarikat gergasi dari China yang berpengalaman akan menjadi rakan kongsi SPV dengan modal berbayar RM4.6 Bilion.

“Sebaliknya Guan Eng terus membohongi rakyat. Bila disiasat, rakan kongsi sebenar ialah sebuah syarikat pereka fesyen tempatan bernama VOIR Holdings,” katanya.

Mohd Puad berkata, rakan sekutu Guan Eng terus membisu ini termasuk Bar Council, apa yang pasti mereka takut dengan DAP.

“Mereka ini bergantung kepada DAP untuk menjadi Perdana Menteri, Perdana Menteri sementara atau paling bawah ialah wakil rakyat biasa.

“Mana tidaknya, DAP dijangka boleh mempertahankan 37 kerusi Parlimen yang telah dimenangi sebelum ini. Selain itu juga DAP boleh membantu mereka menang di kawasan yang peratus pengundi kaum Cina,” katanya.

Mohd Puad berkata, ini adalah penyebab utama mereka pejam mata berhubung kemungkaran Kerajaan Pulau Pinang yang rasuah, membohongi rakyat, zalim dan ketuanya sendiri terpalit dengan kes mahkamah.

“Ini adalah sebab utama rakyat tidak boleh percaya kepada PH kerana memilih Tun Dr Mahathir Mohamad yang mereka mahu jatuhkan atas nama reformasi pada tahun 1998 kini dikitar semula untuk melakukan reformasi,” katanya

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.