27
Jum, Apr
960 ARTIKEL BARU

Hina Sultan Pahang Mahfuz Harus Mohon Maaf

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO Pahang kesal dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang memperlekeh dan menghina menjadikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang sedang gering sebagai bahan jenakanya.

Ketua Pemudanya, Shahar Abdullah berkata, Mahfuz melakukan tindakan itu dalam satu ceramah politik dan ini membuktikan beliau cetek pemikiran dan tidak menghormati intitusi beraja di negara ini.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen itu yang membandingkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharus berlaku, malah beliau telah lama berada dalam arena politik negara.

“Kita sedia maklum dengan sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang suka melibatkan intitusi beraja dalam politik dan tindakan mempolitikan kesihatan Sultan Pahang tidak seharus berlaku.

“Mahfuz perlu ingat sebagai Ahli Parlimen beliau masih tertakluk di bawah undang-undang apabila berceramah,” katanya.

Shahar berkata, Pemuda UMNO Pahang menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan Pahang.

“Kami juga menuntut Mahfuz membuat permohonan maaf terhadap Sultan Pahang secara terbuka kerana perbuatan beliau tidak boleh diterima,” katanya.