22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Pemimpin PPBM Amal Politik Korup - Anina

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh didakwa mengamalkan pentadbiran politik korup.

Menurut Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin, ini kerana Shahrudin bertanggungjawab di dalam isu pemalsuan dokumen pelantikan parti itu.

“Setiausaha Agung PPBM adalah seorang office bearer yang tidak berkelayakan dalam pengurusan pentadbiran parti. Beliau bukan sahaja tidak mampu secara intelektual malah mengamalkan pentadbiran politik korup.

“Beliau bertanggungjawab memalsukan watikah perlantikan saya tiga bulan selepas parti ditubuhkan, memberikan alasan manipulatif dan sehingga kini gagal menjawab isu pemalsuan dokumen tersebut. 

“Saya sifatkan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung PPBM adalah suatu keputusan sampah oleh PPBM,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, jika parti setahun jagung mampu melakukan pemalsuan dokumen, perlanggaran perlembagaan, perlantikan berdasarkan kronisma, justeru beliau tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi jika parti ini diberi mandat besar untuk mentadbir negara selepas PRU14. 

“Bagi memberi keadilan kepada perjuangan yang kononnya menbela rakyat dan memerangi penyalahgunaan kuasa, Empirical Malaysia menggesa dan mendesak pihak ROS untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam menyiasat lebih 400 aduan yang diterima oleh institusi tersebut berkaitan isu terbabit. 

“Empirical Malaysia juga ingin menarik perhatian rakyat khususnya golongan pengundi pada PRU14 supaya nemilih parti yang terbaik dalam membela nasib rakyat. Jangan menilai sesebuah perjuangan dari slogan dan teriakan semata-mata, tetapi nilailah  track record perkhidmatan kepada rakyat. Nilaikan dari mata hati, jangan menilai dari omokan dan dakyah politik,” katanya.