17
Jum, Ogs
56 ARTIKEL BARU

BN Parti Terbaik Buat Masyarakat Cina – Ismail Sabri

Politik
Typography

BERA - Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah terbaik untuk masyarakat berbilang kaum termasuk masyarakat Cina yang menerima pelbagai bantuan dan inisiatif berterusan, tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, di negara ini, masyakat Cina bebas mengamalkan budaya masing-masing malah boleh merebut pelbagai peluang yang ada.

“Kalau di negara lain seperti Indonesia, nama pun guna nama Jawa malah di Thailand dan Vietnam semua rakyatnya kena bertutur dalam bahasa negara itu.

“Jadi, jangan kita fikir pembangkang lebih baik kerana kerajaan hari ini lebih baik untuk rakyat Malaysia dan masyarakat Cina perlu kembali memberikan sokongan penuh kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dipetik media tempata.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2018 Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Bera di sini hari ini.