26
Sab, Mei
823 ARTIKEL BARU

Baiah Cerai Isteri Tidak Wajar - Penganalisis Politik

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Baiah menceraikan isteri sekiranya suami meninggalkan parti adalah tidak wajar, ujar penganalisis politik, Datuk Dr Ismail Sualman.

Menurut beliau, tindakan meletakkan klausa tersebut di dalam sesebuah baiah dilihat bertentangan dengan Islam.

“Kita tidak mahu isteri menjadi mangsa kerana permainan politik suami. Sekiranya isteri keluar PAS, adakah suaminya perlu (melafazkan) talak.

“Jadi, kita nampak ketidakadilan apabila hanya dikenakan kepada ahli politik lelaki PAS, dan tidak kepada ahli politik perempuannya,” beliau dipetik sebagai berkata. 

Menurutnya lagi, baiah ini dilihat merendahkan wanita selain menjadikan golongan itu sebagai mangsa politik suami.

Oleh itu, beliau bersetuju dengan tindakan PAS yang mempertimbangkan untuk menggugurkan klausa tersebut daripada baiah berkenaan.

“Baiah itu perlu kerana ia mengikat kesetiaan kepimpinan parti supaya tidak menyeleweng daripada perjuangan parti setelah mendapat kepercayaan ahli parti dalam sesebuah pilihan raya umum

“Saya tidak setuju baiah sehingga seseorang ahli politik itu mesti menceraikan isterinya. Apa pun alasan atau keadaan, parti tidak sepatutnya meletakkan syarat sebegitu,” ujarnya.