26
Sab, Mei
823 ARTIKEL BARU

PPBM Kota Bahru Kecewa Dengan Pembahagian Kerusi

Politik
Typography

KOTA BHARU - Kepemimpinan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu kecewa terhadap sikap pucuk pimpinan yang dilihat sering tunduk kepada DAP dalam membuat keputusan penting, terutama soal pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di seluruh negara.

Media melaporkan, golongan tersebut juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap parti sekutu, PAN yang mahu mendominasi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tanpa memikirkan parti-parti lain.?

Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd. Nor Hashim Che Min dipetik mendakwa, sikap tidak tegas pucuk pimpinan dalam urusan pembahagian kerusi menyebabkan berlaku perpecahan yang serius di peringkat akar umbi.?

“Kami mahu meluahkan rasa tidak puas hati, kelemahan pemimpin dalam PPBM hari ini menyebabkan kita rasa tidak ada masa depan dan tidak ada tempat bergantung. Dalam parti sendiri banyak berlaku perpecahan.?

“DAP semakin hari semakin kuat manakala orang Melayu dalam pakatan ini pula sudah berpecah belah hanya kerana berebut kerusi termasuk di Kelantan. Sebenarnya kita tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

“Masalah utama dalam Pakatan Harapan ialah DAP lebih menonjol daripada parti-parti lain, dan kita memang takut ini berlaku,” katanya dipetik akhbar tempatan dalam sidang akhbar di sini hari ini.?

Yang turut hadir, Ketua Pemuda PPBM Bahagian, Nik Mohd. Adhwan Nik Haris dan Ketua Srikandi PPBM Bahagian, Normala Abdul Kadir.?

Mohd. Nor Hashim berkata, di Kelantan, isu pembahagian kerusi semakin serius apabila kesemua parti berebut-rebut mahu meletakkan calon masing-masing dalam PRU-14 dengan PAN mahu membolot semua kerusi termasuk tiga kerusi DUN yang ada di Kota Bharu.?

“Perkara ini belum selesai lagi sudah berbulan-bulan berlarutan. Di Kota Bharu, PAN mahu semua. DAP pun mahu satu. Kita mahu satu dan sampai sekarang belum ada kata putus. Kita rasa dipinggirkan,” katanya.