17
Isn, Dis
9 ARTIKEL BARU

Jentera JR Arau Sedia Hadapi Pilihan Raya - Shahidan

Politik
Typography

ARAU - Jentera Jalinan Rakyat (JR) Pergerakan Wanita UMNO Arau kini berada pada tahap optimum dan bersedia menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata setakat ini pihaknya berpuas hati dengan prestasi dan gerak kerja JR yang menjurus kepada aspek kebajikan, kesihatan dan pendidikan.

"JR Arau sudah menemui 90 peratus pengundi di bahagian ini dan 1,300 JR kita sudah bersiap siaga untuk Parlimen dibubarkan pada bila-bila masa,"katanya kepada pemberita selepas Program Bersama JR Arau di sini, hari ini.

Shahidan yang juga pengerusi badan Perhubungan UMNO Perlis mengingatkan jentera parti bekerja dengan ikhlas dan mengutamakan semangat berpasukan bagi menjamin kemenangan semua kerusi dalam Parlimen Arau.

"Sesiapa (calon) yang tidak tersenarai pun buatlah kerja... Kita sudah lama bekerja dan kita berhak menang.

"Berjuanglah dengan gagah berani tanpa tolak ansur dan bila sudah menang, jalankan amanah sebagai pemimpin,"kata beliau.

 

- BERNAMA

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.