25
Rab, Apr
958 ARTIKEL BARU

Tun M Punca Harga Barang Meningkat - PAS

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Perubahan dasar yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah punca harga barang meningkat sehingga membebankan rakyat sekarang ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Hasbullah Ridzwan, harga barang asasi naik kerana dasar kerajaan ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri keempat itu yang menggantikan pertanian kepada perindustrian.

Ia sekaligus ujar beliau memberikan impak sehingga negara terpaksa mengimport barang asasi.

“Hari ini rakyat merana kerana harga barang meningkat, harga barang asasi kita meningkat sebab apa?.

“Sebab perubahan dasar negara di zaman Dr Mahathir daripada kita sebuah negara yang kaya dengan hasil pertanian, kita berubah kepada dasar perindustrian.

“Akhirnya, 30 peratus barang makanan asasi negara kita kena import, ini yang menyebabkan harga barang kita naik hari ini… bawang nak kena import, beras yang menjadi makanan asasi kita kena import, sebab apa sebab kita berubah dasar,” katanya. 

Tambah beliau, perubahan dasar yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahan Mahathir itu juga merugikan rakyat dan menyebabkan ia terpaksa diwarisi oleh rakyat sekarang ini.

“Ini lah orang yang membuat dasar dan akhirnya merugikan rakyat, akhirnya kita mewarisi,” katanya.