14
Jum, Dis
15 ARTIKEL BARU

Azmin Bukan Ketua Yang Bagus - Otai Reformis

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lebih mengutamakan projek-projek yang menguntungkan kroninya sejak mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor, tegas Bekas Setiausaha Otai Reformis98, Abdul Razak Ismail. 

Menyifatkan Azmin lebih berperawakan ahli perniagaan berbanding sebagai Menteri Besar, Abdul Razak mempertikaikan beberapa projek yang dilaksanakan kerajaan negeri yang dianggap pembaziran.

“Dari satu sudut, kita melihat bahawa kita sebenarnya memilih seorang Menteri Besar yang juga seorang yang saya anggap seorang ahli perniagaan.

“Semenjak Azmin ambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri Selangor, dia lebih mengutamakan projek-projek yang saya kira menguntungkan kroni-kroni beliau.

“Contohnya kita dapat menyaksikan beliau menganugerahkan tender untuk menukar kubah masjid negeri. Pada saya itu adalah satu bentuk pembaziran yang nyata kerana kubah itu dalam berkeadaan baik,” katanya.

Selain itu beliau turut mempertikaikan keputusan pentadbiran Azmin yang meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi pembinaan tempat letak kereta bertingkat di Masjid Negeri Shah Alam.

“Bukan sahaja RM42 juta sahaja yang terlibat dalam isu ini. Tapi lebih RM60 juta untuk buat kerja baik pulih bila mereka nak buat parking bertingkat.

“(Sedangkan) ramai yang datang untuk solat Jumaat sahaja, waktu lain tidak ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam wawancaranya bersama XPRess TV.

Mengulas lanjut, Abdul Razak menjelaskan Azmin bukanlah seorang pemimpin yang berkredibiliti.

Ini berikutan kegagalan timbalan presiden PKR itu di dalam menyelesaikan isu pengagihan kerusi di kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

“Kita melihat bahawa Azmin gagal mengawal komponen PH dalam isu pengagihan kerusi ini.

“Bila kamu (Azmin) tidak boleh dapat satu mandat untuk memutuskan kerusi-kerusi ini, kamu bukanlah seorang ketua yang bagus untuk menerajui kerajaan negeri Selangor itu sendiri,” katanya.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.