24
Kha, Mei
873 ARTIKEL BARU

Muhyiddin Perlu Tampil Beri Penjelasan Isu NFC

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Presiden Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memperjelaskan perkara sebenar berhubung isu yang membabitkan beliau dengan National Feedlot Corporation (NFC).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana bekas Timbalan Perdana Menteri dilihat tidak berani untuk tampil memberikan penjelesan berhubung isu NFC.

Tambahnya lagi, sebaliknya pembangkang kitar semula isu berkenaan dalam usaha untuk meraih sokongan.

“Pembangkang termasuk Muhyiddin mengutamakan pembohongan dan beliau enggan menjelaskan perkara sebenar kerana tidak mahu rakan sepejuangnya malu jika tampil berbuat sedemikian.

“Alasan Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamaruddin Mohd Nor supaya Muhyiddin tidak tampil buat kenyataan adalah tidak logik. Jika pembangkang suka mengitar cerita lama, kenapa perlu memilih isu ketika itu beliau menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, “ katanya.

Terdahulu Kamaruddin dalam sidang medianya berkata, walaupun ketika kelulusan penubuhan NFC pada 2006, Muhyiddin menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, keputusan itu dibuat atas kapasiti kerajaan bukan atas kapasiti individu.

Mohd Puad berkata, Muhyiddin dan pembangkang bukan pejuang mereka ini adalah pakar manipulasi terhadap sesuatau isu demi kepentingan politik mereka.

“Saya mencabar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, tampil dan mendesak Muhyiddin untuk memberikan penjelasan seperti yang pernah dituntutnya sebelum ini dan dihadapkan ke Jawatankuasa Kira-Kira (PAC),” katanya.

Kit Siang, dalam catatan di blog rasminya pada 21 November 2011 mendakwa: "Siapa lagi selain Muhyiddin yang patut dipertanggungjawabkan mengenai masalah NFC, di mana objektif projek ini adalah perusahaan ternakan lembu bagi memacu penghasilan daging negara yang mapan."

Kit Siang turut pernah mendesak supaya Muhyiddin dipanggil PAC bagi merungkai masalah dialami NFC.

NFC adalah syarikat milik Agroscience Industries Sdn Bhd dengan usaha sama kerajaan. Selepas siri penyiasatan dan prosiding mahkamah pada November 2015, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, dibebaskan daripada sabitan empat pertuduhan pecah amanah (CBT), membabitkan nilai keseluruhan RM49.7 juta.