24
Ahd, Jun
64 ARTIKEL BARU

PKR Akui Tidak Yakin PH Menang PRU14

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Pergolakan dalam gabungan pembangkang kian meruncing malah, parti di dalamnya juga bercanggah pandangan berhubung peluang kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar dipetik berkata, PRU akan datang berkemungkinan menyaksikan pertembungan tiga penjuru sekaligus memecahkan jumlah undi di kerusi Parlimen yang majoritinya pengundi Melayu.

Tambahnya, beliau melihat pertembungan tiga penjuru itu tidak memberi kelebihan kepada mana-mana parti, termasuk PKR sendiri, malahan PAS juga mempunyai peluang yang tipis untuk menang apabila mereka tidak lagi bersama-sama dengan pakatan pembangkang yang lain.

"Boleh jadi pengundi terus mengundi kerajaan sekarang dan juga pengganti kerajaan. Ini kerana Barisan Nasional (BN) atau pakatan harapan (PH) masing-masing mempunyai kekuatan dan rakyat akan membuat penilaian berdasarkan pengalaman parti mentadbir.

"Rakyat kini lebih bijak memilih pemimpin yang lebih stabil dan boleh menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup yang tinggi,"katanya dipetik BH Online.

Berdasarkan kajian, 106 kerusi kemungkinan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di kawasan majoriti pengundi Melayu pada PRU14 yang mana tiga parti utama ditunjangi Melayu, iaitu UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dijangka bertanding 44 kerusi Parlimen.

Sementara itu, 35 kerusi menyaksikan persaingan antara UMNO dengan PAS dan PKR, manakala 27 lagi kerusi pertembungan antara UMNO, PAS dan PAN.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PAN yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membayangkan kemenangan mungkin berpihak kepada parti itu di sesetengah kawasan.

Beliau berkata, parti itu bergantung kepada PPBM untuk memecahkan undi Melayu di kawasan tiga penjuru kerana undi yang di bawa PPBM itu sudah mengurangkan jumlah majoriti yang diperoleh UMNO.

"Pada awalnya, mungkin PH nampak sudah hilang undi apabila PAS tidak lagi bersama PH, tetapi sokongan itu digantikan oleh PAN, dan pastinya sokongan kepada PPBM sudah tentu mengurangkan majoriti undi terhadap UMNO,"katanya.