19
Rab, Dis
7 ARTIKEL BARU

Kejayaan Bangunkan Negara Hasil Kerja Berpasukan Kerajaan BN - Salleh

Politik
Typography

PITAS - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pembangunan pesat dan kemakmuran negara yang dinikmati hari ini serta kejayaan mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa adalah hasil kerja berpasukan yang dipraktikkan kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN).

Salleh berkata pencapaian berkenaan juga adalah hasil kesatuan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini yang terus memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan pada 1957 bagi Semenanjung dan 1963 bagi Sabah dan Sarawak.

"Apa yang kita nikmati hari ini bukan hasil kerja satu orang, tetapi adalah hasil kerja berpasukan. Alhamdulillah, kita menjadi sebuah parti pemerintah. Kita telah memerintah sejak merdeka lagi.

"Semua ini (kemajuan negara dan kemakmuran rakyat) kita peroleh kerana apabila kita diberi kuasa, kita guna kuasa sebaik-baiknya untuk membangunkan (negara) dan negeri Sabah," katanya.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Dewan Terbuka Dataran Kampung Salimpodon, di sini sempena sambutan Pesta Tahun Baharu Cina (PTBC) 2018 hari ini.

 

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Bolkiah Ismail dan Pengerusi PTBC Datuk Seri Dr Ruddy Awah. -- BERNAMA