23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Lima Bukti Manifesto Pembangkang Adalah Harapan Palsu Sahaja

Politik
Typography

14 Julai 2017, pembangkang telah buat 7 janji kalau mereka jadi kerajaan dalam masa 100 hari. Tidak bertahan lama, kemudian tukar janji baru pula selepas itu. 

Semalam, buat manifesto baru lagi kalau jadi kerajaan dalam masa 100 hari. Sikap tidak konsisten pembangkang dalam berjanji ini membayangkan apa yang disebut itu adalah harapan palsu sahaja. 

Mana ada orang buat janji dan kemudian bertukar tukar janji. Mesti pegang pada janji. Bila janji sering ditukar tukar, nampak sangatlah janji itu sebenarnya tidak akan ditepati. 

1.   Janji 10 Tahun Dahulu Belum Ditunaikan

Janji yang lama dahulu di Pulau Pinang dan Selangor sudah 10 tahun tidak ditunaikan, jangan percayalah dalam masa 100 hari pembangkang hendak tunaikan pula janji yang baru mereka buat. 

Barisan Nasional (BN) sudah pun melunaskan 97.6% manifesto pilihanrayanya kepada rakyat. Sejumlah 4,844 atau 83% projek bernilai RM73.49 billion yang dijanji dalam manifesto BN sudah dilaksanakan.

Cuba tanya Guan Eng apa jadi kepada 51 projek yang dijanjikan oleh DAP di Penang. Berapa peratus sudah dilaksanakan? Tiada. Begitu juga Azmin Ali, sesudah 10 tahun menjadi kerajaan di Selangor, PKR terbukti gagal. 

Selama 473 hari, Azmin jadi MB, masalah banjir tidak selesai, sampah tidak selesai, Selangor masih juara denggi, isu perumahan rakyat tidak selesai dan yang paling utama adalah masalah air yang belum selesai lagi biarpun kerajaan BN pusat sudah salur RM22.3 billion kepada kerajaan Azmin Ali. 

2.   Guan Eng Enggan Turun Selepas Dua Penggal 

Pembangkang berjanji semalam mahu hadkan jawatan PM kepada dua penggal sahaja. Terlupakah pembangkang Mahathir dahulu pegang jawatan PM selama 22 tahun atau 5 penggal. Pilihanraya umum ke-6 hingga pilihanraya umum ke-10. Dah lama dah jadi PM, hendak lagi jadi PM pada PRU14? 

Samalah juga dengan Guan Eng, masa PRU pada tahun 1999, DAP pernah cadangkan jawatan PM dan Ketua Menteri hanya dua penggal sahaja. Namun kini selepas 10 tahun dan dua penggal, ada nampak Guan Eng hendak berundur sebagai Ketua Menteri? Ini semua harapan palsu sahaja. 

3.   Janji Hapuskan Tol Hanya Retorik Sahaja

Pembangkang berjanji lagi mahu hapuskan tol semalam, namun janji yang dibuat itu sudah berlainan dengan janji awal pada 14 Julai tahun lepas. Semalam, pembangkang tulis “pemansuhan tol akan dibuat secara berperingkat peringkat”. 

Berperingkat peringkat ? Sudah mula hendak menipu nampaknya. Tahun lepas, Wan Azizah pernah cakap dalam Sinar Harian pada 30 Oktober 2017, bahawa memansuhkan tol akan menyebabkan rakyat tanggung beban. 

Mahathir pernah pertahankan tol yang sedia ada di Malaysia sebagai antara yang termurah di dunia dalam Free Malaysia Today pada 10 Januari 2018. Oleh kerana itulah, Mahathir hanya mansuh satu plaza tol sahaja sepanjang 22 tahun menjadi PM. Azmin tiada langsung, Guan Eng pun tidak mansuh tol 50 sen di Pulau Pinang. Janji hapus tol ini semuanya retorik belaka. 

4.   Monopoli Bernas, Astro & Akta Universiti Kolej Universiti

Pembangkang kata hendak mansuhkan monopoli Bernas dan Astro. Terlupakah pembangkang bahawa kedua dua syarikat itu diwujudkan pada tahun 1996, siapa menjadi Perdana Menteri pada waktu itu? Siapa yang wujudkan monopoli itu? 

Pembangkang kata hendak hapuskan AUKU, Akta Universiti Kolej Universiti jika berkuasa. Harus diingat siapa yang meminda AUKU dan membenarkan mahasiswa untuk berpolitik? Ianya berlaku di zaman Datuk Seri Najib. 

Mahathir sendiri masih mempertahankan AUKU ketika berdialog dengan mahasiswa pada 23 Disember 2016 di Petaling Jaya. Mahathir sendiri mengaku dia yang perkenalkan AUKU dalam Sinar Harian pada 19 Disember 2011. Jadi adalah mustahil bagi Mahathir dan pembangkang untuk memansuhkan AUKU. Semua itu harapan palsu sahaja. 

5.   Janji Yang Tidak Konsisten

Suatu ketika dahulu janji cuti bersalin selama 120 hari, kemudian semalam janji 90 hari sahaja. Dulu berjanji hendak hapuskan hutang PTPTN, namun semalam berjanji mahu tangguhkan bayaran PTPTN dan mengikut gaji. Janji dalam manifesto hendak buat pendidikan percuma tetapi di Selangor yang ada UNISEL dan KUIS pun tidak ada pun pendidikan percuma dibuat. 

Berjanji mahu wujudkan Akta Kawalan Pembiayaan Politik tetapi DAP sendiri bantah Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada tahun lepas. 

Janji yang paling retorik adalah janji untuk membina 1 juta rumah sebelum tahun 2020. Sedangkan di Selangor, mereka sudah batalkan semua projek rumah mampu milik rakyat. Di Pulalu Pinang pun sama, tiada rumah mampu milik rakyat yang dibuat selama 10 tahun mereka menjadi kerajaan. 

Ini semua janji dan harapan palsu pembangkang sahaja. Oleh kerana hendak pancing undi, berbagai janji ditabur sebagai umpan. Jangan termakan janji janji manis ini, ianya tidak akan dilaksanakan dan ditepati. Masa jadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang selama 10 tahun pun tidak tetapi janji, inikan pula dalam masa 100 hari.