23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Air Tak Ada YB Hilang Azmin Pun Hilang?

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Rakyat Selangor derita menanggung beban berhadapan dengan kirsis air yang melanda namum pemimpin yang menerajui Selangor baik daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hingga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bertindak menyepikan diri.

Pertanyaan sekarang kemana mereka menghilang sehingga tidak melawat kawasan yang diamanahkan oleh rakyat sebagai Adun.

Rakyat terabai tanpa sebarang pembelaan, menunggu hingga lewat malam menanti ketibaan bekalan air yang tak kunjung tiba.

Lebih menyedihkan mereka yang beratur menanti ketibaan lori air dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terdiri daripada kanak-kanak yang berusia lima hingga 10 tahun, orang tua dan golongan kurang upaya (OKU).

Senario ini dapat dilihat di Taman Medan dan penduduk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Penolong Kordinator Pembangunan Persekutuan Taman Medan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim yang melawat kawasan perumahan itu selepas menerima panggilan daripada penduduk.

Abdul Mutalif berkata, beliau amat terkejut apabila penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan apa yang berlaku di kediaman mereka tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Penduduk memberitahu saya sehingga jam 10 malam masih belum ada lori tangki yang membawa air ke kawasan berkenaan dan mereka telah menunggu sejak awal pagi lagi.

“Saya terus menelefon pegawai Syabas dan memaklumkan perkara tersebut. Alhamdulilah kurang daripada satu jam lori tangki membawa air sampai.

“Bagaimanapun suasana di sana amat menyedihkan penduduk diabaikan baik Ahli Parlimen atau Adun datang melawat dan membantu mereka. Beginilah nasib rakyat apabila negeri itu diperintah oleh pembangkang,” katanya.

Abdul Mutalif berkata, masalah ketiadaan bekalan air ini telah dijangka akan berlaku 10 tahun lalu iaitu membabitkan Empangan Langat 2, namun Kerajaan Selangor dengan angkuhnya enggan menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

“Sikap mereka ini membuatkan rakyat derita. Pada pemerhatian saya mereka ini lebih mementingkan parti dan melancarkan manifesto menjadi keutamaan daripada rakyat, pembangkang hanya melawat rakyat lima tahun sekali ketika hendak pilihan raya.

“Saya yakin perkara ini tidak akan berlaku jika Selangor menjadi milik BN, ini kerana kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keutamaan beliau adalah rakyat.

“Rakyat Selangor juga sudah bosan dengan kepimpinan kerajaan negeri dan mereka mahukan perubahan malah mereka telah menyuarakan,” katanya sambil menjelaskan tindakan yang diambil bagi penduduk Taman Medan bukan bermotifkan politik tetapi kemanusian.

Tambahnya, Mohamed Azmin sudah mengetahui perkara ini berlaku kenapa dia tidak membuat sebarang persedian, malah beliau memberitahu Kerajaan Selangor mempunyai duit lebihan yang banyak.

Abdul Mutalif berkata, jangan hanya pandai berkata-kata tetapi gagal dalam urus tadbir negeri dan rakyat.