21
Kha, Jun
80 ARTIKEL BARU

Mana Wakil MCA? - Zahid

Politik
Typography

REMBAU - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zahid Hamidi dilaporkan kecewa dengan pimpinan MCA Negeri Sembilan yang gagal menghantar wakil dalam satu program anjuran parti di DUN Paroi, Rembau.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyifatkan ia memberi gambaran buruk kepada BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan pada bila-bila masa.

“Mana wakil MCA, tengok tiada seorang pun yang datang, MIC ada, GERAKAN ada, PPP ada tapi MCA tak ada.

“Tolong tunjuk muka di Parlimen Rembau walaupun kita beri kerusi bertanding di tempat lain. Bantu calon kita, kerusi hendak, tetapi program tidak hadir.

“Anda perlu tunjukkan hormat kepada kerusi ditandingi, jangan beri alasan sibuk. Saya mahu rekod cemerlang Negeri Sembilan diperolehi,” katanya ketika berucap pada Program Bersama Rakyat di Padang Awam Taman Satria.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pada PRU13, kerusi Parlimen Rembau dan empat DUN dalam kawasan berkenaan ditandingi calon daripada UMNO.

Sementara itu, Zahid  berkata beliau yakin BN akan merampas semua kerusi Parlimen Teluk Kemang dan Seremban daripada pembangkang jika calon terpilih menunjukkan komitmen penuh.