21
Kha, Jun
80 ARTIKEL BARU

Formula Terbaik Pastikan Negeri Sembilan Menang Selesa

Politik
Typography

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) mempunyai formula terbaik bagi memastikan Negeri Sembilan memperolehi kemenangan selesa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, formula ini dapat menyelesaikan segala permasalahan membabitkan pemilihan calon dalam pilihan raya ini.

Menurutnya, kita mahukan calon yang boleh menang dan disukai oleh lapisan masyarkat bukan disukai oleh mana-mana pihak.

“Formula ini secara tidak langsung dapat membantu menyelesaikan masalah dalaman yang kita hadapi ketika berhadapan dengan pilihan raya.

“Selaian itu kerjasama semua pihak amat diperlukan, dan sekiranya kita bersatu semua permasalahan dapat diselesaikan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mencari formula yang terbaik ketika menghadapi PRU-14, bukan hanya untuk parti tetapi untuk calon, rakyat dan negara, “ katanya di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Awam Taman Satria dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Exco Kerajaan Negeri dan pemimpin setempat.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata sekiranya kita berkerja keras sudah pasti ia akan membuahkan hasil tidak kira apa bidang yang diceburi.

“Oleh itu saya menyeru semuq pihak yang berada dalam BN agar terus bekerja keras dalam memastikan kemenangan akan berpihak kepada kita dalam pilihan raya ini.

“Kita perlu pastikan bahawa kesemua kerusi yang dipertandingkan di Negeri Sembilan akan menjadi milik kita,” katanya.