22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Guan Eng Guna Tuisyen Rakyat Hasut Pelajar Benci Kerajaan

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), menerima aduan dan rungutan daripada masyarakat tentang kebiadapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menghasut pelajar untuk agenda politik dalam pelancaran Tuisyen Rakyat Pulau Pinang baru-baru ini.

Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa berkata, GPMS telah meneliti bukti yang disertakan dalam aduan yang diberikan dan secara jelas menunjukkan bahawa Guan Eng memperalatkan pelajar dengan memburuk dan menimbulkan kebencian terhadap polisi kerajaan persekutuan.

Menurutnya, GPMS melihat Guan Eng sangat terdesak apabila sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap beliau semakin merosot kerana beliau terpalit dengan pelbagai skandal penyelewengan dan rasuah.

“Guan Eng tidak sepatutnya menjadikan golongan pelajar sebagai memuaskan hawa nafsu politik beliau, pelajar terutamanya di bangku sekolah sepatutnya bebas daripada pengaruh politik.

“GPMS menyeru kepada rakyat Pulau Pinang untuk menolak program Tuisyen Rakyat yang dianjurkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana ianya jelas dijadikan platform menghasut politik kebencian dan bukannya bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan,” katanya.

Zambri berkata, GPMS memohon ibubapa serta guru-guru juga tidak terlibat dengan program Tuisyen Rakyat ini yang jelas tidak mempunyai nilai akhlak yang baik dan dikhuatiri tuisyen ini memberi hasil serta impak yang tidak baik kepada pelajar-pelajar.