22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Pakatan Harapan Pecat Pegawai Kanan Kerajaan Sekiranya Diberi Mandat

Politik
Typography

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) akan memecat pegawai tertinggi kerajaan sekiranya mereka diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ia dinyatakan oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam siri jelajah PH di negeri ini.

Pegawai tertinggi yang dimaksudkan oleh beliau adalah Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawai kanan kerajaan lain.

Mukhriz mendakwa tindakan itu diambil kerana pegawai terbabit melindungi penjenayah dan turut menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penjenayah.

“Meraka ini didapat bersalah dalam menggunakan kuasa ketika menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berkata sedemikian di majlis dailog bersama PH dengan rakyat di Negeri Sembilan dan sambutan yang diperolehi tidak begitu membanggakan hanya kurang daripada 200 orang yang hadir.

Ini membuktikan PH begitu terdesak dalam usaha untuk mencari sokongan daripada rakyat di negeri ini.

Selain itu Mukhriz turut menyalahkan media apabila Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa akan menggunakan lambang DAP sekiranya Jabatan Pendaftran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftran parti itu.

“Media yang ‘spin’ (putar belit) kenyataan Tun Dr Mahathir,” katanya.

Bila ditanya kenapa tidak meletakkan calon muda sebagai Perdana Menteri dalam PH, Mukhriz menjelaskan pemimpin mudah tidak layak untuk berhadapan dengan Najib.

“Saya dan Nurul Izzah Anwar mana layak untuk melawan Najib, tambahan pula beliau mempunyai pengalaman yang luas.

“Oleh itu PH meletakan Tun Dr Mahathir sebagai calon kerana beliau yang paling layak untuk melawan Perdana Menteri,” katanya.