17
Rab, Okt
62 ARTIKEL BARU

#PRU14 : PAN Anjur Himpunan Besar-Besaran Bantah Calon PKR di Paya Jaras

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Krisis perebutan kerusi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kini sedang melanda Pakatan Harapan (PH) Selangor.

Ia susulan tindakan ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

Tindakan Khairuddin meninggalkan PAS itu dilihat sebagai usaha PKR untuk meletakkannya sebagai calon untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya pada pilihanraya nanti.

Untuk rekod, kerusi DUN Paya Jaras sebelum ini telah diberikan kepada Parti Amanah Negara (PAN) untuk ditandingi.

Perkembangan terbaru ini telah menimbulkan kemarahan terutamanya di kalangan ahli akar umbi PAN di kawasan tersebut.

Yang Di Pertua PAN Sungai Buloh, Dr. Ustaz Mohd Habib Al Intani dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk mengadakan himpunan 'Tolak Calon Lompat PKR. Paya Jaras Milik Kami' Sabtu ini.

“Himpunan ini adalah bertujuan memberikan tekanan dan amaran kepada PKR agar kembali berpegang kepada perjanjian agihan kerusi yang asal serta tidak cuba sailang kerusi mana-mana parti komponen PH yang lain.

“Saya juga dengan ini mengarahkan 327,227 ahli akar umbi parti supaya turun beramai-ramai mempertahankan hak parti kita yang cuba diambil oleh parti yang tamak haloba walaupun tak cukup jentera.

“Akhir sekali, suka saya mengingatkan bahawa kami ahli akar umbi di kawasan ini akan melakukan #undirosak jika PKR terus berdegil meletakkan Khairuddin sebagai calon di sini,” katanya.