23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Usah Menidakkan BN, Jangan Jadi Golongan Yang Tidak Bersyukur – Johari

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini menempelak mana – mana pihak yang cuba untuk menidakkan peranan Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran negara adalah golongan yang tidak bersyukur.

Menurut beliau, tiada kerajaan di dunia yang sempurna dalam menjalankan tanggungjawab mentadbir negara, namun rakyatlah yang bertanggungjawab untuk menyampaikan perkara tersebut kepada kepimpinan yang ada bagi usah memperbetulkan kelemahan tersebut.

“Tidak ada kerajaan yang sempurna seratus peratus. Kadang – kadang pihak kerajaan juga ada membuat salah dan juga mempunyai kelemahan. Apa yang pelu dibuat dengan kelemahan dan kesalahan ini? Maka sebagai rakyat, kita perlu memberitahu perkara tersebut kepada pemimpi n– pemimpin dalam masyarakat.

“Kita beritahu kepada wakil rakyat, supaya mereka boleh bawa aspirasi rakyat ini ke parlimen. Kita boleh memperjuangkang perkara tersebut di parlimen serta kementerian – kementerian dan agensi – agensi kerajaan yang terlibat. Itu sistem kita,” katanya semasa menyampaikan ucapan dalam majlis Pecah Tanah dan Sesi Penerangan : Projek Tempat Letak Kereta Bertingkat PPR Jelatek, di sini hari ini.

Johari, dalam pada itu, turut mengingatkan penduduk di PPR Jelatek untuk tidak termakan dengan hasutan pembangkang berhubung projek yang bakal dilaksanakan oleh pihak DBKL, kononnya kerajaan sekadar berjanji ekoran beberapa projek yang sama juga masih dalam pembinaan, seperti yang dicanang pihak pembangkang.

Jelas beliau, pembinaan tempat letak kereta bertingkat memerlukan kajian yang terperinci bagi memastikan daya ketahanannya, apatah lagi bagi projek sebanyak tujuh tingkat.

“Jangan tuan- tuan dihasut oleh pihak pembangkang yang datang dan berkata saya, DBKL serta Kementerian Wilayah Persekutuan cakap tidak serupa bikin.

“Mana mungkin hari ini rasmi, esok sudah boleh pasang tiang dan siapkan.  Banyak benda yang perlu dilakukan. Kalau ada perkara yang tidak betul, bangunan boleh runtuh,” katanya.

Beliau, dalam pada yang sama juga memberikan nasihat kepada semua penduduk untuk tidak memilih wakil rakyat berdasarkan emosi dan setimen tertentu tetapi memilih individu yang dianggap senang untuk berjumpa dan selalu turun ke kawasan bagi mendengar keluhan rakyat.

 

 Sementara itu, jelas Menteri Kewangan Kedua tersebut, meskipun pada awalnya Projek Perumahan Rakyat (PPR) disediakan bagi membantu golongan miskin dan setinggan, namun, kini dengan kepesatan ekonomi, kebanyakan penduduk telah mengalami peningkatan taraf hidup yang jauh lebih baik justeru memerlukan kawasan yang luas untuk meletakkan kenderaan.