16
Kha, Ogs
56 ARTIKEL BARU

‘Johari Cakna Kebajikan, Dekat Dengan Rakyat’ – Penduduk PPR Jelatek

Politik
Typography

KUALA LUMPUR -  Rata – rata penghuni PPR Jelatek hari ini menyifatkan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa sebagai seorang pemimpin yang sangat bertanggungjawab dan cakna dengan kebajikan penduduk sekitar kawasan parlimen berkenaan sekaligus layak diangkat sebaris dengan kepimpinan tertinggi yang lain.

Menurut penduduk, Kamaliah Mat Dom, 60, Johari sangat bekerja keras dalam menjalankan tanggungjawabnya menjaga kebajikan penduduk setempat, walaupun bukan pada musim pilihan raya, berbeza dengan pihak pembangkang yang hanya tahu memberi janji manis.  

“Beliau selalu ada. Jika kita tidak dapat berjumpa beliau secara berdepan, kita boleh pergi ke pejabat beliau. Memang tiada masalah apabila berurusan dengan dia.

“Dia patut berada di barisan kepimpinan yang lebih tinggi dari sekarang. Beliau tidak berkira dalam hal membantu rakyat, walaupun berlainan parti politik. Jika ada yang dia boleh bantu, dia akan bantu. Jika dia tidak mampu, dia akan bawa perkara tersebut kepada perhatian pihak atau jabatan serta agensi yang berkaitan,” katanya ketika ditemui KLXpress di sini hari ini.

Malah, menurut Sally Mahathir, 44, Johari merupakan antara wakil rakyat yang sangat disenangi dan mudah untuk berurusan.

“Datuk Seri Johari merupakan antara wakil rakyat yang terbaik. Memang sejak dari dahulu lagi, sejak zaman saya belum lagi memiliki rumah PPR, zaman ibu saya susah lagi dia sudah banyak membantu.

“Beliau bantu tak kira masa. Bukan hanya pada masa nak dekat PRU sahaja, tetapi pada masa – masa lain juga beliau selalu turun memberikan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

“Beliau memang seorang yang sanggup membantu rakyat, dan pemimpin yang berjiwa rakyat,” katanya.

Sementara itu, bagi Raihan Meutia Rizal,28, dia berasa sangat teruja ketika menyertai salah satu program yang dihadiri oleh Johari apabila dia berpeluang untuk bersemuka dan bercakap dengan beliau dari jarak yang tidak sampai sejengkal, memandangkan beliau adalah salah seorang menteri dalam kerajaan Persekutuan.

“Tiada mana – mana menteri yang akan jumpa rakyat secara bersemuka. Beliau Menteri Kewangan kedua, tetapi beliau boleh berjumpa secara bersemuka. Itu menunjukkan betapa dekatnya beliau dengan rakyat.

“Beliau (Datuk Seri Johari) sangat dekat dengan rakyat. Susah nak cari wakil rakyat yang mcm beliau. Bagai isi dengan kuku. Dia memang ‘A’ !,katanya.

Dalam pada itu, tambah Salbiah Liham,54, Johari juga disifatkan penduduk sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan mesra dengan penduduk.

“Sebagai seorang wakil rakyat, beliau sangat bertanggungjawab. Beliau juga selalu membantu jika ada pihak yang dalam kesusahan termasuk kematian atau majlis perkahwinan. Insha Allah, dia datang.

 

“Jika dia menang pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) pada kali ini, memang kami (penduduk PPR Jelatek) syukur dan suka sangat. Kami sudah tidak mahu yang lain. Kami nak Datuk (Seri) Johari sahaja. Orang lain kami tidak mahu,” katanya.