23
Sab, Jun
78 ARTIKEL BARU

Shahrizat Nafi Tanding Bandar Tun Razak

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menafikan khabar angin beliau akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

Menerusi laman sosial Facebook, Shahrizat berkata meskipun kawasan tersebut adalah kerusi selamat yang boleh menewaskan PKR dengan mudah, namun beliau tidak akan bertanding di Parlimen tersebut.

“Ramai yang tanya saya sama ada saya akan terima tawaran untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Jawapan saya TIDAK ,walaupun Bandar Tun Razak adalah satu kawasan di mana Barisan National boleh menang dan tewaskan PKR,” katanya.

Beliau sebelum ini dilaporkan akan bertanding di Parlimen Sungai Besar, namun kemudiannya perkara tersebut turut dinafikan oleh Shahrizat sendiri.

Ia menjadi persoalan sehingga hari ini tentang kerusi parlimen yang akan ditandingi olehnya, namun Shahrizat berkata misi utamanya kini adalah memberi kemenangan kepada UMNO BN dan jentera Wanita harus bekerja keras untuk itu.

Jelas Shahrizat lagi, bertanding atau tidak beliau serahkan keputusan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.