22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

PAS Sah Bertanding Lebih 150 Kerusi Pada PRU ke - 14

Politik
Typography

KOTA BHARU – Parti Pas memuktamadkan 95 peratus calon-calon akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dipetik berkata, Pas mengesahkan akan bertanding melebihi 150 kerusi Parlimen serta sebahagian besar kerusi DUN di setiap negeri.

“Majlis Pengisytiharan calon Pas akan diadakan serentak di setiap negeri pada 19 April ini kecuali Sabah dan Sarawak pada 21 April dan Kelantan 25 April.

“Jawatankuasa Harian Pas Pusat juga telah menerima dan meluluskan permohonan bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim menyertai parti itu sekali gus menjadi ahli seumur hidup Pas,” katanya dipetik Utusan Malaysia dalam kenyataan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat di Pulau Pinang, malam tadi.

Terdahulu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya pada majlis pelancaran Gagasan Sejahtera di Pongsu Seribu, Pulau Pinang dilaporkan berkatapada mulanya diperbincangkan 130 kerusi.

"Alhamdulillah, hasil perbincangan Pas akan bertanding di 160 kerusi dalam PRU 14 ini.

 

"Insya-ALLAH ia akan termasuk calon-calon daripada Gagasan Sejahtera," katanya.