23
Isn, Apr
913 ARTIKEL BARU

Hati-Hati Demokrasi ‘Ala Penjajah' DAP - Khaled Nordin

Politik
Typography

BATU PAHAT - Rakyat Johor diingatkan supaya berhati-hati dengan taktik 'Demokrasi Ala Penjajah' yang dilakukan oleh DAP dalam meraih sokongan dan undi menjelang Piilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, taktik yang digunakan itu antaranya menonjolkan ciri kononnya mereka tidak berminat menjadi pemimpin teratas atau pemimpin nombor satu.

"Kalau kita lihat cara British datang dahulu, mereka datang dan katakan yang mereka tidak mahu pun menjadi pemimpin kita, dan hanya mahu menjadi penasihat. Tetapi, hakikatnya penasihat British di negara kita pada masa tersebut sangat berkuasa dan menentukan segala urusan kita termasuklah urusan orang Melayu dan agama Islam.

"Dan inilah yang dilakukan oleh pengamal D.A.P (Demokrasi Ala Penjajah) hari ini. Mereka kata mereka tidak berminat merampas kuasa politik orang Melayu tetapi setiap hari, fokus mereka adalah untuk memastikan kerusi yang dipegang oleh orang Melayu dirampas dan sanggup melakukan semua ini, biarpun identiti mereka, logo mereka, nama mereka, terpaksa ditukar dan digadaikan. Pada mereka, itu tidak apa...yang penting, mereka menang dan berkuasa," katanya.

Tambah beliau, ciri-ciri lain dalam taktik itu termasuk menyaksikan DAP kononnya hadir sebagai penyelamat, menampakkan dengan jelas amalan mereka membahagi-bahagikan tanah dan kawasan kepada semua kroni atau sekutu mereka sesuka hati dan kemudiannya lari bertanding ke kawasan lain selepas membuat onar.

"Bukankah itu semua cara penjajah British datang ke Tanah Melayu dahulu? Sekarang lihatlah cara DAP berkempen, mereka akan kata (pentadbiran) negeri semuanya teruk dan mereka datang sebagai penyelamat. Sekarang memang DAP kata kerusi mereka bertanding tidak banyak tetapi kita perlu tahu DAP adalah majoriti dalam minoriti," katanya.

Sehubungan itu, katanya, rakyat harus membuat penilaian teliti agar tidak terperangkap dengan taktik itu.