22
Jum, Jun
80 ARTIKEL BARU

Akur Pemilihan Calon Oleh Pucuk Pimpinan - Tok Mat

Politik
Typography

BAHAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan agar ahli akur dengan pemilihan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti dalam memilih calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kita sebagai ahli mesti akur jika ada perubahan, bila pucuk pimpinan parti buat keputusan kita mesti akur dan pastikan bahawa parti kita menang kerana yang bertanding dalam pilihan raya adalah parti bukan individu.

“Calon itu hanya mewakili parti. Kalau kalah bukan hanya membabitkan individu tetapi yang kalah itu adalah BN. Jika menang, BN yang menang. Apa yang penting adalah parti kita,” katanya mengulas dakwan yang menyatakan terdapat pertukaran kerusi membabitkan parti kompenan di Negeri Sembilan.

Beliau berkata sedemikian kepada media di majlis Perasmian Medan Niaga Bahau.

Mohamad berkata, pucuk pimpinan mempunyai kaedah tertentu dan jika ada pertukaran kerusi atau apa saja mereka melihat dari aspek yang lebih besar.

Menurutnya, sehingga kini beliau masih belum mendapat sebarang maklumat berhubung pertukaran antara Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membabitkan parti komponen.

“Apa yang penting kita nak memang, kita tidak boleh duduk dalam formula lama, zaman sudah berubah tapi kita tetap dengan budaya lama formula lama.

“Kita tahu kalau kita ikut kita kalah buat apa, kalau boleh kita tukar kita tukar.

“Formula baru itu penting, masa berubah kita mesti berubah strategi mesti betul, barulah kita perolehi kemenangan dalam pilihan raya nanti,” katanya.