22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Agihan Kerusi PH Selangor Selesai

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor sudah dimuktamadkan.

Namun begitu Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan enggan mengulas lebih terperinci cara pengagihan yang sebelum ini berdepan konflik perebutan kalangan parti komponen.

“Kita tunggu penamaan calon atau mungkin esok atau lusa, kita umumkan calon.

“Apa yang penting, pembahagian kerusi sudah selesai,” katanya. 

Sementara itu, pengarah pilihan raya negeri, Dr Xavier Jayakumar, berkata pengagihan kerusi sudah dimuktamadkan sejak dua hari lalu.

“Ia termasuk enam kerusi yang menjadi perbalahan antara parti dan kita akan umum pada 25 atau 26 April depan.

“Semua calon ada muka baharu dan lama dan ada juga yang lompat dari DUN ke Parlimen, tetapi parti yang akan tentukan,” katanya