20
Kha, Sep
110 ARTIKEL BARU

MyPPP Kekal Bersama BN – Kayveas

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Parti MyPPP hari ini menyatakan pendiriannya untuk terus bersama dengan Barisan Nasional (BN).

Namun begitu menurut Presidennya, Tan Sri M Kayveas, keputusan tersebut boleh dipertimbangkan semula selepas perjumpaannya dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Majlis Tertinggi MyPPP telah membuat keputusan secara sebulat suara untuk terus bersama dengan BN.

“Walaubagaimanapun, keputusan ini boleh dipertimbangkan semula selepas perjumpaan Presiden MyPPP dengan Pengerusi BN sebelum penentuan peruntukan kerusi kepada parti-parti (komponen BN).

“Kami sekali lagi tegas dan merasa bahawa MyPPP patut diberi pertimbangan untuk kerusi Cameron Highlands di mana MyPPP telah mencurahkan tenaga dan masa berkhidmat di kawasan tersebut,” katanya.