11
Sel, Dis
28 ARTIKEL BARU

Pemuda UMNO Gesa SPR Ambil Tindakan DAP Pamer Logo ‘Roket’ Semasa Kempen

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan menggesa agar pihak Suruhannjaya Pilihan Raya (SPR) berkerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengambil tindakan terhadap pihak pembangkang terutama DAP yang dilihat melanggar peraturan pilihan raya.

Menurut ketuanya, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii , parti DAP secara terang – terangan telah menggunakan lambing ‘roket’ partinya semasa tempoh berkempen sedangkan parti tersebut tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke – 14 (PRU14).

“Kita dapati parti pembangkang, terutamanya DAP sedang berjalan ke seluruh negara untuk mempamerkan logo roket mereka untuk dijadikan bahan kempen.

“Jadi, tujuan kami datang ke sini adalah untuk meminta pegawai SPR untuk memantau dan mengambil tindakan dengan seberapa cepat mungkin untuk kita hindarkan perkara ini terus berlaku.

“Saya juga meminta agar pihak SPR menggunakan apa sahaja undang – undang bagi menyekat mereka menggunakan logo – logo yang tidak dibenarkan ini untuk berkempen,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat SPR Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Jelas Mohd Razlan, penyokong pembangkang dipercayai seringkali menggunakan pendekatan yang ganas apabila terdapat pegawai SPR yang cuba menghalang aktiviti kempen mereka, lantas menyukarkan pegawai berkenaan menjalankan tugas mereka.

“Mungkin sudah ada komplen yang dibuat tetapi mungkin tidak ada kekuatan oleh pihak berkuasa untuk menghalang perkara ini dari belaku.

“Sedangkan mereka hanya perlukan satu jam untuk mempamerkan logo – logo ini untuk dijadikan bahan kempen mereka. Meskipun mereka sedar telah melakukan kesalahan, tetapi mereka tetap melakukannya agar kempen – kempen ini dapat sampai kepada penyokong mereka.

“Mereka dapat untung dengan kesalahan mereka. Ini yang kita tidak mahu. Jadi saya minta Pegawai SPR untuk menggunakan kekuatan mereka untuk bekerjasama dengan polis bagi menghalang perkara – perkara ini dari berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Razlan turut memaklumkan kegiatan pihak pembangkang PKR di Batu, serta penyandang kerusi Parlimen tersebut, Tian Chua yang menggunakan calon Bebas bagi meraih undi buat PKR.

Jelas beliau, terdapat dakwaaan bahawa barong – barong panas milik PKR yang terdapat di parlimen Batu digunakan sebagai pentas kempen bagi calon Bebas, namun tiada sebarang tindakan dibuat oleh pihak SPR.

“Ini adalah satu kesalahan. Barong – barong panas PKR dijadikan medan kempen untuk calon bebas,” katanya.

Dalam pada itu, disoal mengenai maklum balas yang diberikan pihak SPR berhubung aduannya, Mohd Razlan berkata, SPR memaklumkan kepada beliau bahawa sebanyak 590 buah bendera PKR telah diturunkan di keseluruhan parlimen Batu.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.