23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Polis Kedah Terima Lima Laporan Gagal Mengundi

Politik
Typography

ALOR SETAR - Polis Kedah hari ini menerima lima laporan daripada orang awam berhubung kegagalan untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah ACP Ab Rahaman Arsad berkata sehingga 4 petang tadi, lima laporan telah dibuat yang empat daripadanya dibuat di Balai Polis Jitra dan satu di Balai Polis Naka, Padang Terap.

"Empat laporan yang dibuat di Balai Polis Jitra dan Balai Polis Naka melibatkan kes pengundi yang membuat semakan telah dimaklumkan oleh kerani pusat mengundi bahawa nama mereka telah digariskan dan tidak dibenarkan mengundi.

"Satu lagi kes melibatkan kes nama pengadu tiada dalam daftar pengundi. Semua laporan yang diterima ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Katanya, secara keseluruhan proses pengundian di seluruh Kedah berjalan lancar dan tiada laporan kejadian yang menjejaskan perjalanan proses mengundi dilaporkan. -- BERNAMA