11
Sel, Dis
28 ARTIKEL BARU

Pakatan Tidak Amal Politik Balas Dendam - Fuziah

Politik
Typography

KUANTAN - Pakatan Harapan (PH) tidak mengamalkan politik balas dendam terhadap Barisan Nasional (BN) atau penyokongnya, kata Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Beliau berkata apa juga perubahan yang dilakukan selepas ini bakal dinikmati oleh semua rakyat negara ini dan beliau sendiri akan terus berkhidmat tanpa mengira pendirian parti rakyat.

"Kemenangan PH adalah kemenangan rakyat dan kerja saya sendiri bertambah. Tetapi saya tidak risau kerana saya sudah biasa bekerja sebagai pembangkang sejak 10 tahun yang lalu walaupun saya dinafikan hak peruntukan.

"Kita tidak amalkan politik balas dendam. Kita jatuhkan BN kerana mereka zalim dan bangkit kerana kita sayangkan negara dan tidak mahu negara terus dibelenggu hutang dan rasuah," katanya pada Jamuan Kesyukuran Rakyat di Padang Kemunting di sini, .

Fuziah yang menjiwai isu berkaitan kebajikan wanita dan alam sekitar menyifatkan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu adalah kemenangan golongan ibu yang tidak mahu anak mereka terus dibelenggu masalah hutang negara.

Ditanya mengenai isu projek Lynas di Gebeng di sini yang 'diperjuangkan' beliau sejak dahulu, Fuziah berkata perkara itu masih menjadi tumpuannya kerana ia melibatkan soal kesihatan dan alam sekitar penduduk daerah ini.

Katanya, beliau akan cuba mendapatkan dokumen berkaitan daripada pihak terlibat dan menegaskan tidak pernah berniat untuk menutup kilang itu, namun mahu memastikan kaedah yang digunakan adalah selamat.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.