17
Isn, Dis
9 ARTIKEL BARU

Kerajaan Pakatan Harapan Komited Sejahterakan Peranan Ibu - TPM

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk menjana suasana yang kondusif dalam negara, khususnya dari aspek kestabilan ekonomi dan pendidikan, bagi membantu mensejahterakan peranan kaum ibu mendidik dan menyediakan anak-anak mereka mengharungi kehidupan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan Hari Ibu hari ini berkata langkah itu penting bagi merealisasikan potensi mereka (anak-anak) sebagai generasi masa depan untuk negara.

"Bersempena dengan Hari Ibu tanggal 13 Mei 2018, saya merakamkan penghargaan kepada ibu-ibu di seluruh negara, hatta di seluruh dunia di atas kesungguhan serta segala pengorbanan mereka di dalam mendidik anak-anak.

"Untuk semua ibu tersayang, selamat menyambut Hari Ibu 2018," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook dan Twitter beliau.

Sehubungan itu, Presiden PKR itu berkata kerajaan PH menghormati dan menyanjungi tinggi semua ibu tanpa mengira bangsa dan agama selain berdoa agar masyarakat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan keluarga di bawah kepimpinan kerajaan baharu.

Pelantikan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Perdana Menteri, sebaik parti itu diisytihar menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.