20
Jum, Jul
50 ARTIKEL BARU

GST Akan Tetap Dimansuhkan – Tun M

Politik
Typography

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan tetap melaksanakan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang dijanjikan dan pembayaran balik akan dibuat kepada yang membuat tuntutan.

Memetik laporan media tempatan, beliau berkata kerajaan terdahulu telah memungut jumlah yang lebih berbanding jumlah yang perlu dibayar oleh rakyat.

“GST, Akta Anti Berita Tidak Benar serta Akta Majlis Keselamatan dan beberapa lagi undang-undang akan distruktur semula,” katanya dalam saru sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tun Mahathir juga menyatakan bahawa penubuhan Kabinet pertama yang terdiri daripada 10 Menteri dijangka dapat diumumkan dalam tempoh minggu ini.

Jelasnya, barisan penuh Kabinet pentadbiran adalah 25 orang namun baki kekosongan akan diisi peringkat demi peringkat.